Sabtu, 12 Oktober 2013

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL.. BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA... HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DALAM KEJAHILAN.

[COPY & PASTE] 

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.          Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...          Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting.  

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?         
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.         
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?         
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.         
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.         

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?   
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.         
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.        

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?        
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.        

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?   
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.       

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim ( atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?        
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.         
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?        
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.        

Kesimpulannya: Ibubapa, saudara-mara orang2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat...         

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.         

*WAHAI PARA SAHABATKU... INSAFI LAH DIRI ANDA...* (Ustaz Rosli Al Hafiz)

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua...
Dah bersawang ke blog aku ni?? Huhuhu ~

Pejam celik pejam celik, kita dah pun sampai di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang KAU berikan kepada kami. Mudah-mudahan di bulan yang mulia ini kita semua mendapat barakah.

Andai kata aku ada tersalah kata atau terkasar bahasa, aku menyusun 10 jari memohon ampun kepada semua yang mengenali diri ini. Tak cukup jari tangan, jari kaki aku hulurkan. Ngeh3 ~ Just joking! =P

Tak lupa juga, kita juga sedang menghampiri Hari Kemenangan umat Islam. Dalam masa 10 hari sahaja lagi kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berdoalah kepada-NYA agar kita semua diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar kita semua dapat berhari-raya bersama keluarga tercinta.

*Raya pertama nanti jangan lupa pohon ampun pada yang tersayang ye*

Disini aku juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun kepada suami tercinta, (Mohammad Amirruddin Bin Mohd. Dasuki) atau dengan nama manjanya, Papa..

"Pa, mama tau mama dah banyak menyusahkan Papa sejak akhir-akhir ini. Mama mohon ampun dari hujung rambut sampailah ke hujung kuku kaki mama ni. Kalau nak dikira berapa banyak dosa kering yang mama sengaja atau tak sengaja dibuat, tak terkira rasanya. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti, mama cuma mengharapkan kita dapat beraya bersama. Dan 1 lagi yang mama harapkan dan selalu mama doa, hubungan antara kita akan kekal sehingga akhir hayat. Amiiin ~"

Ini sahajalah yang dapat aku typekan untuk hari ini..

Yang Ikhlas,
Pieqa Abu <3

Isnin, 28 Januari 2013

Peminat Tegar Alyah

Aku Peminat Tegar Alyah!

Akulah peminat tegar Noor Hasliah Binti Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah. Rezekiku bertemu beliau pada tanggal 8 December 2012 merupakan kenangan yang tak boleh aku lupakan. Sampai sekarang aku tersenyum lebar saat terkenangkan detik-detik pertemuanku dengan dia dulu. Mujurlah suamiku memahami apa yang aku minati. Itu merupakan pertemuan pertama aku dan dia. Aku juga diundang menyanyi bersama dengan beliau. Saat itu aku rasa tersangatlah bahagia! Terima kasih Idolaku! Takkan ku lupakan tiap detik kita bersama pada masa itu. #iamPeminatSetiaAlyah #TeamAlyahSuperFans