Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua...
Dah bersawang ke blog aku ni?? Huhuhu ~

Pejam celik pejam celik, kita dah pun sampai di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang KAU berikan kepada kami. Mudah-mudahan di bulan yang mulia ini kita semua mendapat barakah.

Andai kata aku ada tersalah kata atau terkasar bahasa, aku menyusun 10 jari memohon ampun kepada semua yang mengenali diri ini. Tak cukup jari tangan, jari kaki aku hulurkan. Ngeh3 ~ Just joking! =P

Tak lupa juga, kita juga sedang menghampiri Hari Kemenangan umat Islam. Dalam masa 10 hari sahaja lagi kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berdoalah kepada-NYA agar kita semua diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar kita semua dapat berhari-raya bersama keluarga tercinta.

*Raya pertama nanti jangan lupa pohon ampun pada yang tersayang ye*

Disini aku juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun kepada suami tercinta, (Mohammad Amirruddin Bin Mohd. Dasuki) atau dengan nama manjanya, Papa..

"Pa, mama tau mama dah banyak menyusahkan Papa sejak akhir-akhir ini. Mama mohon ampun dari hujung rambut sampailah ke hujung kuku kaki mama ni. Kalau nak dikira berapa banyak dosa kering yang mama sengaja atau tak sengaja dibuat, tak terkira rasanya. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti, mama cuma mengharapkan kita dapat beraya bersama. Dan 1 lagi yang mama harapkan dan selalu mama doa, hubungan antara kita akan kekal sehingga akhir hayat. Amiiin ~"

Ini sahajalah yang dapat aku typekan untuk hari ini..

Yang Ikhlas,
Pieqa Abu <3